Ungkapan yang biasa dan seringkali didengari..
Orang kata, tak kenal maka tak cinta.. Jadi, kenalah kenal kenal dulu.. Bila dah kenal baru ada rasa cinta.. Okay, untuk permulaan entri, lebih santai dan lebih relakss..
Jom, saya mulakan dengan apa itu pelaburan.. terus cakap pasal pelaburan rasa berpinar mata, mana satu yang terbaik nih??
Simpanan ke? Simpanan tetap (Fixed deposit) ke? KWSP? ASB or ASB loan? Gold? Hartanah??
Okay, jom mulakan dengan..
1. Simpanan Biasa (1-2% dividen per annum)
Simpanan?? Oh, no no no lah.. Niat dihati nak invest, tapi ada hati nak simpan di Saving Account?? Macam nonsense je bunyi nyerr.. money in, money out.. hari hari boleh belanja, bila lah nak simpan untuk study lagi, nak kawin lagi, nak kawin satu lagi, eh..eh.. nak merancang family planning lagi, nak beli rumah, nak beli second house, nak beli kereta.. Oh, macam macam lagi..
Renung renungkan...
2. Simpanan Tetap (Fixed Deposit) (2-3% dividen per annum)
Simpanan Tetap, okay.. macam okay? Masuk sini memang confirm tak kuarkan, Okay la simpan 5 tahun..
3 tahun berikutnya... ish, nak kuar duit la, plan nak beli kereta, nak wat bisnes kecil kecilan tapi kena tutup akaun la pulak!! nak tunggu tempoh matang, lambat pulak.. pastu, belum dapat pulangan lagi.. dividen sikit je, dah la tiga tahun wat saving, banyak ini jerr??
Naseb la badan...
3. KWSP (4-5% dividen per annum)
Tak payah pikir dah..terang lagi bersuluh, tolak dari duit gaji, pejam mata jerr.. tak payah pening.. tapi akaun 2, masih boleh kuarkan.. okay, tak pe boleh jugak nak bayar hutang rumah, nak wat renovation rumah.. tup tap tup tap, bila bersara adalah balance lagi.. tu pun tak banyak.. Time dah tua, baru terfikir, kalau lah akaun KWSP ni ada banyak sikit, kalaulah duit tu tak usik, kalau lah duit KWSP boleh berganda ganda kan best..
Kalau lah duit ni masuk kat unit amanah, dapat extra dividen.. menyesal tak masuk guna KWSP.. (tang ni, tanyalah pakar ye, macam mana?? sms or call saya ok..)
Sebelum nasi menjadi bubur...
4. ASB atau ASB loan (8% dividen per annum)
Parah, parah.. yang masuk ASB ni maaf saya katakan.. memang ramai yang dah melabur dan mendapat pulangan bertahun tahun dengan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tapi, yang kurang sedap didengari, Suruhanjaya Sekuriti menyatakan skim ASN dan ASB TIDAK mengikut SC Guidelines on Islamic Unit Trust Funds manakala Mufti Selangor telah memfatwakan bahawa pelaburan ASB adalah HARAM. Fakta ni, boleh je call direct pada Majlis Fatwa Negeri Selangor dan ada juga salinan surat sebagai bukti disini. status ASB Memandangkan blog ini myislamicwealthadvisor.blogspot.com jadi, memang ini antara perkara yang dititikberatkan..
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih
lanjut mengenai isu ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor. www.muftiselangor.gov.my
Ustaz Azhar Idrus cakap.. "Nabi dah pesan supaya jauhkan yang
syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang
rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan
mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah".
Sayangnya, sejak muda lagi kita dah dimomokkan dengan ASB, macamlah tak
de pelaburan lain.. pergi je bank, pegawai bank dok promote jugak yang
tu, sebabnya.. pegawai bank pun tak tau pasal isu ni, ada yang tau
pulak, buat buat tak tahu.. maklumlah, kerja perlu diutamakan..tak caya,
pergi bank tanya pegawai kat situ.. kan, kan..
Lagi parah, bila diorang promote ASB loan...pleazzzz, tolong buka mata.. tu loan, seolah olah kita meminjam bank.. sebenarnya, saya pun pernah terkena.. nasib baik, ada yang bagitau dan sempat cancel within 3 weeks before proceed.. Siap janji lagi untung dari ASB.. come on la, it is loan dear...
Mencari yang halal itu fardhu..
5. Waran, Debentur dan seumpamanya
Pelaburan yang melibatkan pinjaman terjamin yang mempunyai aset syarikat sebagai cagaran. Aset syarikat jadi cagaran, risiko nih.. Nampak menarik, risiko lebih rendah berbanding saham tapi prestasi bergantung pada prestasi syarikat. Pelaburan seumpama ini tidak mudah diniagakan di pasaran saham.. Ada juga syarikat mengenakan faedah tetap dan dividen tetap.. perlu diingatkan dalam pelaburan Islam, dividen sentiasa berubah mengikut prestasi dana dimana kedua dua pihak saling menanggung keuntungan dan kerugian, dalam erti kata lain kedua dua pihak tidak tertindas..
Islam kan mudah, tapi jangan dipermudahkan..
6. Pasaran Saham (1%-300%)
Memang pulangannya tinggi dan lumayan dalam jangka masa pendek, dan jika rugi pun dalam jangka masa pendek.. boleh terduduk dan tergadai aset aset yang ada.. Pelaburan ini melibatkan pelaburan dalam saham-saham syarikat di bursa saham.. boleh dikatakan risikonya sangatlah besar, mampu berakhir dengan hutang piutang dan perlu pengetahuan teknikal dan masa yang betul, malah bayaran kepada remisier jugak tinggi.. Masa dengan keluarga pun terhad, lagi kan nak menilik pasaran saham, nak upah remisier mahal.. Info pasal pasaran saham, boleh lah sikit sikit...
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna..
7. Emas
Sejak dua menjak ni, pelaburan emas memang glamor.. ya, memang bagus... Islam pun menggalakkan kita menyimpan emas terutamanya jika berlaku peperangan, nilai mata wang merosot. Tetapi sedar tak, setahun dua tahun kita menyimpan emas, kita mula menggadai emas kerana terlalu banyak menyimpan emas sehinggakan perlu pajak di bank atau Ar- Rahnu.. belum sempat untung dah kena pajak, pajak pula ada kos upah simpan, nak refinance pulak kena bayar kos upah lagi.. lepas dua tiga tahun, emas tak boleh tebus.. sebabnya hutang makin banyak, nak bayar insurans, bulan bulan bayar kereta, perbelanjaan anak baru lahir, perbelanjaan rumah lagi.. akhirnya emas yang dipajak tak dapat ditebus.. kan dah rugi kat situ, risiko nak tunggu untung lama dan tak boleh ditunaikan segera..
Ada yang ambil jalan mudah, simpan dirumah.. kan bahaya tuh.. bila beli emas, nak tanya pengedar emas.. bila harga tinggi? nak ke pengedar bagitau, mestilah tak kan.. disuruhnya kita check harga emas online, kadang kadang harga emas online tu bukanlah harga emas yang kita beli, harga emas pasaran tu adalah harga emas mentah.. fuh, nak kena monitor sendiri.. leceh jugak..
Ada kes lain, beli emas guna sistem pajak.. sedangkan awal awal lagi kita dimanipulasi, syarikat emas dah letak siap siap harga emas tertinggi..untung beli sekarang, harga rendah..katanya.. pastu, kat situ dah mark up, then cakap emas tu milik kita walhal.. bila masuk kedai pajak, emas tu masih belum milik kita sepenuhnya dan kita hanya ada surat pajak.. masuk kedai pajak, kena bayar upah simpan.. kena lagi kos kat situ.. nampak kan, harga asal emas menjadi lebih mahal setelah melalui beberapa proses.. beli dari orang tengah, kemudian pajak pula di kedai..
Emas ohh emas....
8. Hartanah (10% ke atas)
Konsepnya beli pada harga mentah atau murah, kemudian jual bila harga tinggi. Pulangan tinggi apabila jual terus dan boleh juga disewakan. Yang kurang menariknya, perlu modal yang tinggi, harganya sukar pulih jika pasaran merudum lebih lebih lagi jika lokasinya kurang sesuai. Kecairan rendah dimana mungkin mengambil masa bertahun tahun bagi satu satu urusniaga.
Untuk membina kekayaan, bukanlah berlaku sekelip mata.. perlu ditanam dan disemai dari awal.. Di usia muda, komitmen yang banyak menyukarkan sesetengah individu untuk membuat pelaburan dengan modal besar.. jadi, mulakanlah dengan pelaburan yang lebih sesuai..
Duit ada, semua jalan...
9. Unit Amanah (10% diviuden dan keatas)
Memandangkan saya konsultan unit amanah, memanglah promosinya lebih tang ni.. Pelaburan ini mengumpul modal daripada pelabur individu dan korporat dengan kepakaran pasukan pengurus dana (cth; CIMB Wealth Advisor) dan dengan pemantauan pemegang amanah (trustee)
Risiko? Ya, memang ada.. Risiko bila tak melabur duit yang ada.. jadi, melaburlah..
Okay, risikonya diagihkan (diversify) supaya sentiasa terkawal, jadi memang kurang risiko lah.. Unit amanah tidak seperti pasaran saham yang boleh buat individu tu tak tidur malam dan hingga tergadai aset sedia ada. Unit amanah boleh buat kita tidur lena, part ni yang best..sebabnya.. kita mempunyai pakar konsultan yang monitor duit pelaburan kita malah anytime dan anywhere je kita boleh tau status pelaburan kita dari konsultan terlatih..
Yang menariknya, pelaburan unit amanah boleh dilakukan dengan modal yang
kecil hinggalah modal yang sangat besar (bagi siapa yang sampai tak
tahu nak melabur kat mana).
Dividennya tinggi dan berubah ubah menurut konsep pelaburan syariah. Sangat digalakkan bagi umat Islam..
Tidak perlu cash jika melabur melalui KWSP. Malah, bila pencen.. ada akaun persaraan tambahan.. Menarik kan.. Wang KWSP bertambah tambah!!
Tapi, jangan bersedih bagi yang bukan pencarum KWSP atau pencarum KWSP yang menukar skim pencen.. masih ada jalannya.. jadikan simpanan sedia ada kepada pelaburan berteraskan syariah dengan pulangan dividen yang lebih tinggi berbanding simpanan sedia ada... Grab the chance sebelum terlambat.. okay.
Malah modal pelaburan boleh dikeluarkan pada tempoh tertentu mengikut keperluan pelabur samada mengeluarkan sebahagian, menambah (top up) kembali atau mengeluarkan kesemuanya apabila pelabur memerlukan wang sesuai dengan keperluan mereka.. contohnya, untuk kegunaan pendidikan anak anak, membuka bisnes baru, untuk pembiayaan rumah atau kereta dan sebagainya..
Jadi, apa tunggu lagi.. kan banyak benefit unit amanah ni..
No comments:
New comments are not allowed.