Showing posts with label status ASB. Show all posts
Showing posts with label status ASB. Show all posts

Saturday, 23 February 2013

Isu Pelaburan ASB/ ASN

Benarkah Pelaburan ASB tidak mematuhi syariah?

- ADAKAH KITA PRIHATIN ISU INI?? ATAU KITA TAHU TETAPI BUAT BUAT TAK TAHU??
- BENARKAH ASB / ASN MEMATUHI SYARIAH?
- ADAKAH DIVIDEN YANG DIPEROLEHI HALAL DIGUNAKAN?

Selangor



Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003


Penilaian Semula Hukum Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya 

Tarikh Keputusan: 
12 Apr, 2011
Keputusan: 

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

  1. ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال

    Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
     
  2. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
     
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Sumber:http://www.muftiselangor.gov.my/KoleksiDownload/16062011/ASNASB.pdf

Sumber lain: Negeri Selangor
                   Negeri Pulau Pinang
                   Negeri Pahang



Nabi Muhamad SAW bersabda:

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said “That which is lawful is clear, and that which is unlawful is also quite clear. Between these two is that which is ambiguous, which most people do not know. One who avoids the doubtful safeguards his faith and his honor.”
———
Riyadh-us-Salaheen, Hadith 588.


Sebagai pelabur yang prihatin dan mementingkan pelaburan Islamik, pelabur dinasihatkan memilih pelaburan yang sesuai dan mematuhi syariah.Untuk sebarang pertanyaan, hubungi konsultan kami atau sms di talian REHAN 012-2450405.

ASK ME HOW??

Friday, 22 February 2013

Statistik ASB

Statistik Dividen ASB dari tahun 1990- 2012 (terkini)


Statistik menunjukan penurunan dividen dari tahun 1990 hingga 2011 iaitu dari 8% dividen per annum kepada 7.65% dividen per annum manakala bagi tahun 2012, dividen ASB meningkat sebanyak 0.1% iaitu 7.75% dividen per annum. Rekod mencatatkan sekitar tahun 1995-1997, ASB mencatatkan dividen melebihi dari 10% namun peratus dividen menurun sehingga 2.25% bagi tahun 2012. 

Monday, 18 February 2013

status ASB

Berikut merupakan surat salinan status ASB dari Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Suruhanjaya Sekuriti

 Page 1 (click to enlarge)


Page 2 (click to enlarge)

Surat Suruhanjaya Sekuriti (click to enlarge)